Monday, 27 June 2011

Lumrah Kehidupan

Titipan ini bukan sekadar untuk meluahkan perasaan semata-mata.Titipan ini juga adalah untuk memberi ingatan kepada diri sendiri bahawa hidup ini sebenarnya penuh dengan cabaran dan dugaan.Pelbagai rencah kehidupan yang harus ditempuhi meskipun kadang-kadang amat sukar untuk kita melaluinya.Namun kerana kehidupan ini berterusan selagi nafas tidak berhenti selagi itulah kita harus menerima kenyataan yang hidup ini perlu diteruskan walau dengan apa cara sekalipun.
Disaat ini aku ingin menyatakan bahawa didalam sebuah kehidupan ada jutaan warna yang singgah tanpa kita sedari.salah satu cabang kehidupan yang tidak ingin kita lewati itu adalah berhadapan dengan pelbagai peel dan tingkah laku manusia.Tingkah laku atau perangai seseorang yang baik itu sepatutnya kita jadikan tauladan dan yang tidak elok itu seharusnya kita jadikan sempadan atau pengajaran.
Salah satu sebab mengapa aku menitipkan diruangan ini adalah berkenaan dengan tingkah laku yang akan dijadikan sempadan supaya diri sendiri tidak terikut dan melakukan perbuatan yang jelek itu.PHD adalah sinonim dengan umat masa kini.PHD atau Perasaan Hasad Dengki amat sinonim dengan semua bangsa tidak kira Melayu,Cina,India,Inggeris,Portuges,Japanese dan semua bangsa.Pada pendapat aku itu adalah masalah rohani yang sering melanda jiwa manusia yang tidak puas hati di atas pencapaian orang lain.Sedangkan diri sendiri tidak mampu melakukannya.
Satu lagi masalah apabila kenaikan pangkat berlaku,ada saja yang tidak puas hati.Tidakkah mereka itu faham yang setiap rezeki yang Allah bagi itu sudah memadai dan perlu bersyukur dengan limpah kurniaNya,akan tetapi manusia-manusia yang punyai PHD ini tidak punyai rasa syukur agaknya.Itulah salah satu lumrah kehidupan.....

1 comment: