Thursday 30 June 2011

Cepatnya Masa Berlalu

Sedar tak sedar usia ini sudah hampir menjengah ke angka 40....Terasa pantas masa berlalu.....terasa bagai semalam sahaja perjalanan ini...pejam celik pejam celik ,tanpa sedar rambut pun telah berubah warna....dari hitam berkilat hingga muncul keperangan dan berakhir dengan warna putih disegenap liang-liang roma kepala.
Walau some people said Life is begin at 40.....benarkah?Segalanya dengan izain Allah....sebab ada juga ramai kawan-kawan yang seusia telah pergi dahulu meninggalkan dunia yang fana ini.Sesekali terfikir tentang berakhirnya riwayat hidup sendiri dan keadaan itu menggamit kerisauan,kebimbangan,kekalutan nurani dan fikiran...uuuhhhh....terasa diri ini begitu kerdil dengan apa yang telah di lakukan selama ini,terlalu sedikit amalan ini....jika ada pun....moga-moga DIA menerima nya....Ya Allah.....


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
(Al-Ahqaaf 46:15)




Monday 27 June 2011

Lumrah Kehidupan

Titipan ini bukan sekadar untuk meluahkan perasaan semata-mata.Titipan ini juga adalah untuk memberi ingatan kepada diri sendiri bahawa hidup ini sebenarnya penuh dengan cabaran dan dugaan.Pelbagai rencah kehidupan yang harus ditempuhi meskipun kadang-kadang amat sukar untuk kita melaluinya.Namun kerana kehidupan ini berterusan selagi nafas tidak berhenti selagi itulah kita harus menerima kenyataan yang hidup ini perlu diteruskan walau dengan apa cara sekalipun.
Disaat ini aku ingin menyatakan bahawa didalam sebuah kehidupan ada jutaan warna yang singgah tanpa kita sedari.salah satu cabang kehidupan yang tidak ingin kita lewati itu adalah berhadapan dengan pelbagai peel dan tingkah laku manusia.Tingkah laku atau perangai seseorang yang baik itu sepatutnya kita jadikan tauladan dan yang tidak elok itu seharusnya kita jadikan sempadan atau pengajaran.
Salah satu sebab mengapa aku menitipkan diruangan ini adalah berkenaan dengan tingkah laku yang akan dijadikan sempadan supaya diri sendiri tidak terikut dan melakukan perbuatan yang jelek itu.PHD adalah sinonim dengan umat masa kini.PHD atau Perasaan Hasad Dengki amat sinonim dengan semua bangsa tidak kira Melayu,Cina,India,Inggeris,Portuges,Japanese dan semua bangsa.Pada pendapat aku itu adalah masalah rohani yang sering melanda jiwa manusia yang tidak puas hati di atas pencapaian orang lain.Sedangkan diri sendiri tidak mampu melakukannya.
Satu lagi masalah apabila kenaikan pangkat berlaku,ada saja yang tidak puas hati.Tidakkah mereka itu faham yang setiap rezeki yang Allah bagi itu sudah memadai dan perlu bersyukur dengan limpah kurniaNya,akan tetapi manusia-manusia yang punyai PHD ini tidak punyai rasa syukur agaknya.Itulah salah satu lumrah kehidupan.....

Monday 6 June 2011

Sambungan Salahsilah Keluarga

Sebelah Bapa - Mohd Ya'acob Bin Yahya bin Din Bin Abdul Razak
            Opah - Fatimah Binti Uda Ahmad Bin ?
Sebelah  Emak - Ainul Mardhiah Binti Mohd Noor  Bin Uda Mashor
              Opah - Hajah Halimah Binti Uda Ibrahim Bin ?

                                                           

Sunday 5 June 2011

Salahsilah kehidupan ku

Teman dilahirkan pada 18th April 1973 dan diberi nama Mohd Ya'acob oleh apak dan emakku.Apakku bernama Yahya Bin Din dan emak ku bernama Ainul Mardhiah binti Mohd Noor.Teman mempunyai 7 orang adik beradik 4 lelaki dan 3 perempuan.Nama-nama adik beradik teman mengikut turutan sulong sampai bongsu.Zulkarnain@Lop 3d adalah abangku yang sulong,Sohibah@Nyah@Cik Bah kakak ku yang nombor 2,Mohd Mustapa@Yang Pa abang yang ke 3,Robiah @cho@ruby yang ke 4,Rahmah@Kak Mah yang ke 5 dan aku(Mohd Ya'acob)@akob mamak adalah  yang ke 6 dan yang paling bongsu adik ku Mahadzir@adik.
Ate tujuan teman mengabokan dalam blog ni ..saje-saje jer.

Wednesday 9 March 2011

Puteri Alma Arissa

Seperti selalu setiap pagi rutin hidup ku membuat persiapan sendiri dan persiapan Puteri Ku Alma Arissa.Saban hari aku mengejutkan mimpi indah Puteri Alma dengan ucapan Syahadah dan ayat-ayat lazim serta doa semoga perjalanan hidup diberkati oleh yang Maha Agung  dunia dan akhirat.Kemudian saban pagi aku akan memandikan dan menyipakan Puteri Alma Arissa untuk di hantar ke rumah Tok Wan dan Mak Tok dia. Aku tanpa jemu melakukan rutin tersebut.Malah, sekiranya aku tidak melakukan rutin itu akan terasa sesuatu yang tidak lengkap dalam rutin harian ku.
Seperti biasa setelah persiapan lengkap,aku akan membancuh susu buat Puteri Alma Arissa.Habis puteri ku  minum barulah  aku mendukung nya dan meletakkan Puteri Alma Arissa di dalam kereta dan meneruskan perjalanan ke rumah ayah.Perjalanan mengambil masa hampir 20 minit untuk sampai ke rumah ayah.Kekadang mentari pagi begitu terik menyinari Puteriku yang baring di atas kerusi hadapan kereta.Kasihan aku melihat dia terpejam celik cuba menghindari mentari daripada menyuluh mata bundar nya yang cantik itu,lalu aku menutupi Puteri ku itu dengan kain "napkin" yang sentiasa berada di dalam kereta ku itu.
Dalam perjalanan selama 20 minit itu kadangkala dia menggerakkan tangan nya apabila mendengar lagu Maher Zain yang selalu ku putarkan.Seronok dan riang hati ku apabila melihat keletah Puteri Alma.Kebelakangan ini Puteri Alma sudah pandai berbicara sepatah dua kata....yang paling mengharukan aku dia sudah pandai memanggil ''Ayah.....Ayah...'' dengan nada manja.Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah kerana telah mengurniakan aku dan isteri seorang zuriat yang tak pernah jemu memandang wajahnya.

Thursday 24 February 2011

Baru Mendaftar Pemilih?

Huh....Seingat aku ,aku dah register Daftar Pemilih ni pada 1993 dan aku telah pun mengundi pada tahun 1994...dah lama dah tu....tapi aku pelik sebab time mengundi 1999,2004,2008 tak de pulak nama aku...means dah 3 kali Negara Malaysia ni mengadakan piliharaya nama aku tiada kat dalam SPR.Apa dah Jadi....maybe salah aku gak ni...sebab aku pun macam tak ambik kisah sangat pasal benda ni.....

So...baru tadi aku pegi post opis kat cyber ni and register terus....
tak tau le boleh ke idak mengundi this year...

Wednesday 23 February 2011

Tersangat la sangap

Ya Allah ....kenapa la tersangat sangap....lama bebeno rasenye dok macam gini.dah nak masuk 3 bulan keje macam ni....aku rase macam dah bosan giler dah .Tapi nak buat macam mana lagi......dah keje cam gini....bila la aku nak perbaiki keadaan ni....Argggggg....Perasaan berkecamuk ..bercampur baur....loya ade....pening ade...memikiokan masa depan ni.....
Aku kena buat sesuatu ni...Tapi nak buat ape la plak.?huh!!!!damn!!!
Allahhuakbar....Ya Allah...tolong la aku yang lemah lagi hina ini......