Sedar tak sedar usia ini sudah hampir menjengah ke angka 40....Terasa pantas masa berlalu.....terasa bagai semalam sahaja perjalanan ini...pejam celik pejam celik ,tanpa sedar rambut pun telah berubah warna....dari hitam berkilat hingga muncul keperangan dan berakhir dengan warna putih disegenap liang-liang roma kepala.
Walau some people said Life is begin at 40.....benarkah?Segalanya dengan izain Allah....sebab ada juga ramai kawan-kawan yang seusia telah pergi dahulu meninggalkan dunia yang fana ini.Sesekali terfikir tentang berakhirnya riwayat hidup sendiri dan keadaan itu menggamit kerisauan,kebimbangan,kekalutan nurani dan fikiran...uuuhhhh....terasa diri ini begitu kerdil dengan apa yang telah di lakukan selama ini,terlalu sedikit amalan ini....jika ada pun....moga-moga DIA menerima nya....Ya Allah.....
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
(Al-Ahqaaf 46:15)
Thursday, 30 June 2011
Monday, 27 June 2011
Lumrah Kehidupan
Titipan ini bukan sekadar untuk meluahkan perasaan semata-mata.Titipan ini juga adalah untuk memberi ingatan kepada diri sendiri bahawa hidup ini sebenarnya penuh dengan cabaran dan dugaan.Pelbagai rencah kehidupan yang harus ditempuhi meskipun kadang-kadang amat sukar untuk kita melaluinya.Namun kerana kehidupan ini berterusan selagi nafas tidak berhenti selagi itulah kita harus menerima kenyataan yang hidup ini perlu diteruskan walau dengan apa cara sekalipun.
Disaat ini aku ingin menyatakan bahawa didalam sebuah kehidupan ada jutaan warna yang singgah tanpa kita sedari.salah satu cabang kehidupan yang tidak ingin kita lewati itu adalah berhadapan dengan pelbagai peel dan tingkah laku manusia.Tingkah laku atau perangai seseorang yang baik itu sepatutnya kita jadikan tauladan dan yang tidak elok itu seharusnya kita jadikan sempadan atau pengajaran.
Salah satu sebab mengapa aku menitipkan diruangan ini adalah berkenaan dengan tingkah laku yang akan dijadikan sempadan supaya diri sendiri tidak terikut dan melakukan perbuatan yang jelek itu.PHD adalah sinonim dengan umat masa kini.PHD atau Perasaan Hasad Dengki amat sinonim dengan semua bangsa tidak kira Melayu,Cina,India,Inggeris,Portuges,Japanese dan semua bangsa.Pada pendapat aku itu adalah masalah rohani yang sering melanda jiwa manusia yang tidak puas hati di atas pencapaian orang lain.Sedangkan diri sendiri tidak mampu melakukannya.
Satu lagi masalah apabila kenaikan pangkat berlaku,ada saja yang tidak puas hati.Tidakkah mereka itu faham yang setiap rezeki yang Allah bagi itu sudah memadai dan perlu bersyukur dengan limpah kurniaNya,akan tetapi manusia-manusia yang punyai PHD ini tidak punyai rasa syukur agaknya.Itulah salah satu lumrah kehidupan.....
Monday, 6 June 2011
Sambungan Salahsilah Keluarga
Sebelah Bapa - Mohd Ya'acob Bin Yahya bin Din Bin Abdul Razak
Opah - Fatimah Binti Uda Ahmad Bin ?
Sebelah Emak - Ainul Mardhiah Binti Mohd Noor Bin Uda Mashor
Opah - Hajah Halimah Binti Uda Ibrahim Bin ?
Opah - Fatimah Binti Uda Ahmad Bin ?
Sebelah Emak - Ainul Mardhiah Binti Mohd Noor Bin Uda Mashor
Opah - Hajah Halimah Binti Uda Ibrahim Bin ?
Sunday, 5 June 2011
Salahsilah kehidupan ku
Teman dilahirkan pada 18th April 1973 dan diberi nama Mohd Ya'acob oleh apak dan emakku.Apakku bernama Yahya Bin Din dan emak ku bernama Ainul Mardhiah binti Mohd Noor.Teman mempunyai 7 orang adik beradik 4 lelaki dan 3 perempuan.Nama-nama adik beradik teman mengikut turutan sulong sampai bongsu.Zulkarnain@Lop 3d adalah abangku yang sulong,Sohibah@Nyah@Cik Bah kakak ku yang nombor 2,Mohd Mustapa@Yang Pa abang yang ke 3,Robiah @cho@ruby yang ke 4,Rahmah@Kak Mah yang ke 5 dan aku(Mohd Ya'acob)@akob mamak adalah yang ke 6 dan yang paling bongsu adik ku Mahadzir@adik.
Ate tujuan teman mengabokan dalam blog ni ..saje-saje jer.
Ate tujuan teman mengabokan dalam blog ni ..saje-saje jer.
Subscribe to:
Comments (Atom)